top of page
At the Flower Shop
Abstract Background

Bimbingan Kerjaya

Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan (Brown & Brook,1986)

Konsep Bimbingan Kerjaya

Sebuah proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan. (Myrick, 1997, p.3.)

Sebahagian daripada program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjaya dan kaunseling kerjaya membabitkan sebahagian daripada program bimbingan yang melibatkan kaunseling kepada pelajar berkaitan perkembangan kerjaya.

Kepentingan Bimbingan Kerjaya

⚫Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar.

⚫Menambah pengetahuan pelajar mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Dalam memilih kerjaya yang tepat, kita perlu mengenalpasti trait-trait diri dan turut mengkaji kerjaya yang sesuai dengan trait-trait itu.

Kaunseling kerjaya juga dipengaruhi isu-isu
keluarga, peribadi dan emosi.

Proses kaunseling kerjaya adalah sepanjang hayat.

Bimbingan Kerjaya Islam

Konsep bimbingan kerjaya Islam pula adalah Satu tugas dan fitrah semula jadi manusia dijadikan sebagai khalifah di dunia. Allah S.W.T menyuruh manusia beribadat kepadaNya dengan tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal.

Yerrr...betul tu, jangan lupa scroll ke bawah untuk maklumat lanjut!

Konsep Bimbingan Kerjaya Islam

Golongan usahawan dan pekerja diberi
penghormatan yang tinggi oleh islam.

Golongan pekerja yang susah yang mengalami kesempitan hidup  lebih berhak menerima zakat.

Kerja yang dipilih halal dan peroleh hasil yang
bersih.

Kaunseling Kerjaya

Kaunseling kerjaya adalah sebagai suatu proses yang melibatkan kemahiran interpersonal yang direka khas untuk membantu dan memberi panduan serta bimbingan kepada individu yang mengalami masalah perkembangan dalam pemilihan kerjaya.

Kaunseling kerjaya merupakan sebuah proses psikologi sepanjang masa dan hayat serta berinteraksi secara dinamik dengan lain-lain peranan dalam sesebuah kehidupan.

Brown dan Brook 1986 berpendapat bahawa, proses perkembangan kerjaya merupakan sebuah proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri di dalam suatu pekerjaan

Menurut National Career Development Association (NCDA):

Kaunseling Kerjaya merangkumi aktiviti yang dijalankan seseorang yang mempunyai kelayakan dengan seseorang atau kelompok mengenai kerjaya, keputusan tentang kerjaya atau kehidupan, perancangan kerjaya, jalan kejayaan atau konflik serta persoalan yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya.

Menurut ( SidekMohd Noah, 2002) masalah dalam pemilihan kerjaya termasuk:

  • ketidakupayaan membuat pemilihan dalam kerjaya,

  • ketegangan dan juga penyesuaian,

  • ketidaksesuaian membuat pilihan

Kaunseling kerjaya meliputi semua aktiviti kaunseling
yang berkaitan pilihan kerjaya di sepanjang
kehidupan dan mencakupi aspek-aspek:

  • Keluarga

  • Pekerjaan

  • Waktu senggang

  • Kebimbangan peribadi

bottom of page