
Personaliti


Guildford (1959) mentakrifkan personaliti sebagai satu pola tret yang unik ada pada diri
individu.

Maddi (1989) pula mendefinisikan personaliti sebagai satu set ciri-ciri dan kecenderungan yang stabil yang menentukan kesamaan dan perbezaan tingkah laku psikologi seseorang.

Mengikut Austin dan Vines (1983), jenis personaliti ialah hasil gabungan ciri-ciri baka
dan pengalaman persekitaran. Umumnya, manusia dilahirkan dengan disposisi tertentu, tetapi interaksi manusia dengan persekitarannya mengakibatkan seseorang individu itu memperoleh suatu kecenderungan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tertentu.

Menurut Watson (dalam Sidek Mohd Noah 1996) pula, personaliti ialah hasil daripada kebiasaan atau tabiat kita untuk memerhati.

Cattell (dlm. Sidek Mohd Noah 1996) melihat personaliti sebagai suatu yang berkaitan dengan kesemua tingkah laku individu sama ada secara dalaman atau luaran. Personaliti menurut beliau merupakan sesuatu yang membolehkan kita membuat ramalan apa yang akan dilakukan oleh individu dalam situasi tertentu.

Menurut Allport (1921. personaliti merupakan organisasi dinamis sistem-sistem psikofizikal yang wujud dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku danpemikirannya.
Pola Personaliti

Pola personaliti atau subjenis ialah satu istilah yang telah diperkenalkan oleh Holland (1973, 1985, 1996) untuk menerangkan profil keserupaan terhadap jenis-jenis personaliti.
Dalam hal ini beliau telah memperkenalkan kod tiga-mata Holland yang terdiri daripada tiga huruf yang mewakili tiga jenis personaliti yang utama atau personaliti dominan. Huruf pertama mewakili jenis personaliti yang paling dominan seseorang individu.
Huruf kedua dan ketiga pula menerangkan jenis personaliti kedua dan ketiga penting (Holland 1973,
1978, 1985).
Huruf pertama selalunya dapat menerangkan bidang major sementara huruf kedua dan ketiga selalunya berupaya menerangkan bidang minor seseorang individu
Pola personaliti seseorang itu dapat digunakan untuk menerangkan personaliti di samping mampu meramalkan tingkah laku vokasional individu berkenaan dengan lebih tepat dan khusus (Holland 1973, 1985).
Contohnya, seorang guru yang mempunyai pola personaliti S-A-E memiliki ciri Sosial sebagai ciri yang paling dominan diikuti oleh ciri Artistik dan Enterprising.
Jenis dan Ciri Personaliti
Realistik (R)
Cenderung perkara-perkara teknikal
Pendiam
Kurang bersosial
Praktikal
Tulen
Patuh
Berterus terang

ARTISTIK (A)
â– Mempunyai kebolehan Artistik, inovatif dan intuisif
â– Suka bekerja dalam situasi yang kurang atau tidak berstruktur
â– Tidak suka kerja rutin dan berulang-ulang
Contoh Kerjaya
​tukang kayu, juruelektrik, petani, ahli bomba, mekanik, juruterbang, tukang paip, kapten kapal, juru ukur, juruteknik

Investigatif (I)
Contoh Kerjaya
Analitikal
Berwaspada
Ingin tahu
Berdikari
Intelektual
Pasif
Terperinci
ahli biologi, ahli kimia, programmer, doktor gigi, doktor, ahli ekonomi, jurutera, ahli farmasi, pakar bedah, doktor haiwan
Contoh Kerjaya
​Penyair, Komposer, Penulis, Arkitek


Contoh Kerjaya
Guru, Kauselor, Pegawai Kebajikan,
Pegawai Perhubungan
SOSIAL (S)
â– Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia
â– Minat untuk memberitahu, menolong, melatih dan membuat kerja-kerja kebajikan
â– Mahir berkomunikasi
ENTERPRISING (E)
â– Individu suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia
â– Minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain
â– Mahir memanipulasi orang lain. Matlamatnya utk mencapai keuntungan
Contoh Kerjaya
Ahli Perniagaan, Ahli Politik, Peguam, Pengurus
Hotel, Pengurus Bank

Contoh Kerjaya

Akauntan, Penilai Harta, Jurujual insurans, Kerani
KONVENSIONAL (K)
â– Suka bekerja dengan data dan komputer
â– Mempunyai kemahiran bidang perkeranian
â– Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat
akur dan mengikut arahan


Jom tonton video ni sama - sama!
Jom uji minda!
